Tuesday, February 5, 2008

Assalamualaikum, Selamat Menyambut Awal Muharram 1429H kepada semua pengunjung blog kami ini(sori lambat), Da’ Seven Heroes. Suasana kami di rumah petang bulan lalu sangat “panas!”. Semua ahli (kecuali Lan dan Iidil, mereka belum sampai dari kampung halaman-ketika itu) terutamanya Abg Zahar dan Izuddin sedang bersungguh-sungguh mengkaji dan meneliti segala hujjah yang dibentangkan dalam sebuah buku yang bertajuk “Akhirat”.

Sebenarnya buku ini di “hadiah”kan kepada saya semasa saya menyelesaikan beberapa urusan saya di seksyen 14, Petaling Jaya. Terkejut juga apabila hendak menghidupkan enjin motorsikal ( kredit pada Pak Ya-motor tu motor dia! ) tiba-tiba, mata saya menangkap imej sebuah buku kecil bertulis “Akhirat – Jalan yang Lurus, Petunjuk dan Terang, Jubah Kebenaran, Pemerintah yang Adil” bersaiz lebih kurang serupa dengan saiz buku 555. Berwarna ungu keperangan dan dihiasi gambar menara sebuah masjid.

“Hmm, bagus jugak budak-budak (pendakwah) sekarang ni, sampaikan dakwah secara agresif. Sampai dalam bakul motor orang pun diletaknya risalah-risalah macam ni!”saya cuba bersangka baik.

Vroom!! Motor Pak Ya dipecut laju.Namun, apa yang saya menjadi sangkaan saya tadi ternyata salah sama sekali. Apabila berhenti di salah satu lampu isyarat diantara lampu-lampu isyarat yang banyak di PJ( sorry, I’m being sarcastic here! ), saya mengambil masa untuk membaca bahagian permulaan ( introduction ) buku tersebut.Ya Allah! Rupanya buku yang bertulis “Akhirat” di depannya itu bukannya menerangkan tentang Islam, sebaliknya mengenai Kristian (nama lama:Nasrani). Astaghfirullahalad’zim. Marah, terkejut, dan kecewa, semuanya bercampur baur dalam hati saya. Soalan yang pertama timbul dalam kepala saya ialah,

“Wah! Takkan takde orang yang perasan langsung benda-benda macam ni!“

Dengan minda dan emosi yang semakin memarak dalam jiwa saya, motor Pak Ya dipecut laju, tidak sabar hendak mengkhabarkan berita kepada semua “Heroes” yang ada di rumah. Sampai sahaja di rumah, saya tanpa berlengah lagi terus mem“bentang”kan hasil jumpaan saya kepada siapa lagi kalau bukan Ust Izuddin-Insan yang paling bersemangat apabila berdepan isu-isu Kristinisasi di antara kami ialah Izuddin, that’s why I showed it to him first.

Apalagi, seluruh isi rumah di”amuk”nya. Dengan penuh semangat dan keimanan di dalam hati untuk membuktikan bahawa semua dakwaan di dalam buku tersbut adalah SALAH dan TIDAK BENAR sama sekali, abg Zahar dan Izuddin membaca buku tersebut dan mengkaji segala ayat Al Quran dan Hadis Sahih (Ya, mereka menggunakan kedua-dua sumber ini ) yang dibentangkan dalam buku itu. Surprisingly, semua ayat Al Quran dan Hadis yang digunakan adalah benar dan betul, tiada satu huruf pun yang tertinggal, TETAPI, terjemahan dan tafsirannya disalah ertikan. Digubah dan diubah supaya sesuai dengan aqidah dan pegangan mereka.

Harus difahami di sini bahawa terjemahan dan tafsiran adalah dua perkara yang berlainan. Terjemahan hanyalah pertukaran bahasa daripada bahasa Arab yang menjadi bahasa utama di dalam Al Quran kepada bahasa kaum-kaum yang hendak memahami makna Al Quran-contohnya, jika di Malaysia, ianya kepada bahasa Melayu, jika di China, ianya kepda bahasa Cina. Tafsiran pula tidak boleh dilakukan sebarangan. Harus dikaji dengan teliti sebab turun ayat itu (asbabul nuzul), kaitannya ayat itu dengan ayat yang lain di dalam al Quran, kerana jika ayat Al Quran ditafsir tanpa panduan, maka ianya akan di pesongkan mengikut nafsu individu yang mentafsirnya. Oleh itu, haruslah berguru serta dirujuk kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar. Contohnya, Tafsir Ibnu Kathir dan lain-lain

Tetapi artikel ini bukan ditulis untuk membidas hujah-hujah yang ada di dalam buku tersebut-Insya Allah, jika ada kelapangan, orang yang selayaknya akan mengulas lanjut tentang perkara ini. Saya cuba untuk mengupas isu ini dari sudut yang lain, iaitu permasalahan SIKAP. Bagaimanakah dan apakah SIKAP kita kepada isu-isu seperti ini ? Apabila membaca buku tersebut, saya rasa amat bersyukur kepada Allah azza wa jalla, kerana telah meletakkan saya hidup di dalam keluarga, sahabat dan suasana (saya merujuk kepada suasana di dalam rumah sewa kami ) yang, Alhamdulillah, kuat pegangan agamanya.

Sebaik sahaja saya membaca perenggan kedua mukaddimah buku itu, terus sahaja saya menyedari bahawa buku ini adalah salah satu dakwah Krisitian kepada Muslim di Malaysia. Puncanya hanya kerana satu perkataan sahaja, di tulis begini – « Saiyidina wa Rabboni Isa Al Masih (as) akan muncul » bermaksud « Penghulu dan Tuhan Kami Isa Al Masih (as) akan muncul »Islam mengangkat dan mengiktiraf semua Nabi dan Rasul sebagai insan biasa, sama seperti kita semua, cuma para Nabi dan Rasul ini dilantik ALLAH melalui perantaraan wahyu oleh malaikat Jibril (as), untuk menyampaikan kepada ummat manusia bahawa Tiada Ilah (Tuhan) yang disembah melainkan ALLAH. Semua Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah akan menyampaikan perkara yang sama bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Kita, Muhammad s.a.w. Dan semua kitab yang diturunkan kepada para nabi, hanya menyeru kepada menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Tiada satu pun nabi yang diangkat martabatnya sehingga kepada martabat Tuhan-kecuali oleh Kristian.

Apabila wujud perkataan Rabboni yang di isbatkan (dikaitkan) kepada Nabi Isa, maka sudah jelas ianya adalah aqidah Kristian dan ditolak oleh Islam. Maka, segala isi buku ini harus ditolak 100%. Tetapi, apa yang saya khuatirkan ialah sehingga bab « Petunjuk yang Terang », kesemua isinya nampak seakan-akan selari dengan Islam. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana di sekolah dan di Universiti saya mengambil bahasa Arab, maka kerana saya TAHU makna Rabboni (tetapi disebut Robbani,ye ?),dan terus sahaja tertanam dalam jiwa saya bahwa, seluruh isi buku ini SALAH di sisi Islam.

Apa yang merungsingkan saya, bagaimana dengan mereka yang tidak pernah belajar B.Arab, bagaimana pula dengan majoriti umat Islam di luar sana yang maksud bacaan dalam solat pun tidak tahu ? Ditambah lagi bagi mereka yang mempunyai pemahaman aqidah yang cetek ? Bagaimana dengan mereka yang hanya Islam pada nama, sedangkan bab solat, puasa, mandi wajib dan perkara Fardhu Ain yang lain masih belum diselesaikan ? Sudah pasti, sedikit sebanyak akan terkesan dengan pembentangan hujah oleh pihak yang menulis buku ini. Mungkin jika ke tahap yang lebih teruk boleh membawa keraguan kepada aqidah Ismaiyyah yang dipegang sejak kecil !Dan sekaligus melepaskan aqidah Islam hanya kerana tertarik dengan hujah-hujah dalam buku ini? Wa Na’uzubillah !

Saya berpendapat, jika kita menuding jari kepada pihak-pihak yang tertentu, terutamanya pihak yang berwajib, ianya wajar kerana mengawal selia segala gerakan dan dakyah para kuffar ini terletak di bawah tanggungjawab mereka (at least la kan ?). Namun, jika kita meneliti keadaan dan situasi politik di dalam atau di luar negara, kuasa dan undang-undang pihak-pihak ini semakin dipertikaikan. Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk bersedia lebih awal supaya mampu menangkis seruan ke arah kesesatan ini. Bak kata pepatah melayu, ‘ Sediakan payung sebelum hujan’.

Saya melihat ancaman akidah ini kelihatan begitu merbahaya kerana di akhir zaman ini, akidah kita sebagai ummat Islam amat goyah dan lemah. Ancaman aqidah seperti sudah bermula sejak zaman berzaman lagi, tetapi skala dan kesannya kecil, tetapi oleh kerana kita amat lemah dari sudut kefahaman dan pegangan kita kepada aqidah Islamiyyah, tambahan pula undang-undang negara kita yang kononnya negara « Islam » ini, tidak pernah didasarkan kepada Al Quran dan Sunnah, maka semakin parahlah krisis akidah di kalangan kita dan semakin berleluasalah dakyah musuh-musuh Islam ini.

Penyelesaian ? Hmmm, semuanya bermula dari individu, kemudian keluarga. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana dengan masyarakat ? Sebenarnya kita tidak perlu risau tentang masyarakat jika batu-bata (individu dan keluarga) yang membina sesebuah masyarakat itu elok ibadahnya, cantik akhlaknya dan kukuh aqidahnya. Nescaya masyarakat itu akan jadi sebaik-baik komuniti, penuh dengan keamanan dan kedamaian.Membina peribadi manusia bukan semudah membina rumah.

Bahkan untuk membina rumah sekalipun, kita perlukan ilmu, barulah rumah yang bakal dibina tidak roboh, cantik, kemas dan boleh dipromosikan kepada orang lain pula. Silap haribulan, boleh disewakan untuk program “Home Stay”,pula dek kerana kecantikan rumah tersebut!! Inikan pula hendak membina peribadi manusia! Mahu tidak mahu kita mestilah mencari ilmu bagaimana hendak “membina manusia” dengan betul, agar manusia yang dibina itu teguh aqidahnya, faqih ilmunya dan luhur pula akhlaknya.

Namun hari ini, SIKAP kita berkenaan isu membina manusia ini semakin lupus. Kita semakin SIBUK mengejar dunia dan segala kemewahan yang ada di dalamnya. Apabila generasi muda sudah mula “tunjuk belang”, hasil dari kecuaian kita menitikberatkan pembinaan peribadi manusia, barulah kita terhegeh-hegeh mencari pusat pemulihan akhlak, kaunselor-kaunselor terkenal, pondok-pondok pengajian agama, ustaz-ustazah untuk mem”betul”kan semula peribadi mereka. Bukan tidak boleh, tetapi alangkah, ALANGKAH baiknya jika kita sendiri sejak awal sudah membina peribadi diri kita dan keluarga mengikut cara yang betul. Janganlah menjadi seperti peribahasa Melayu, “ Sudah terhantuk,baru terngadah”. Ingatlah, mencegah lebih baik dari mengubati.

Baiklah, rasanya setakat ini dahululah saya menulis untuk kali ini. Sudah terlampau panjang pula rasanya-kena ada siri 2 kot.Hehe. Insya Allah, artikel ini akan disambung lagi dalam masa-masa yang mendatang. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Amin. Assalamualaikum

FiRdauS a.k.a Pidut (artikel ini saya tulis di blog rumah sewa saya:Seven Heroes)

Tuesday, August 28, 2007

insya ALLAH...

Assalamualaikum...

Insya Allah, tidak lama lagi akan saya aktifkan kembali blog ini. Alhamdulillah, Allah telah menghantar seorang sahabat ;PakYa, ke rumah kami (sila rujuk blog ini:http://sevenheroes.blogspot.com/). Beliau telah banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk menulis dan meluahkan segala-gala apa yang ada dalam fikiran ini dalam bentuk karya. Terima kasih Pak Ya.

Semoga Allah memudahkan urusanku ini. Aminn

28/8/2007: 6.40pm

Sunday, June 3, 2007

Kelahiran yang pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, di saat inilah, Blog saya yang pertama dilahirkan, yang mana tujuan utamanya ialah untuk meluahkan buah fikiran, pandangan dan pelbagai teori daripada saya utk sama-sama dipetik dan dikongsi manis pahitnya bersama-sama rakan-rakan pembaca di luar sana,Insya ALLAH!

Sesungguhnya walaupun kita tidak pernah ditemukan ALLAH di alam nyata, namun hati kita yang bertaut atas rasa cintakan kebaikan ini, walau dari sudut manapun, hatta umpama sekecil pepasir di pantai, insya ALLAH, akan dibalas oleh Nya

Insya Allah, di dalam blog ini akan dimuatkan pelbagai perkara, bermula dari asasnya bagi kehidupan seorang insan, sehinggalah asam garam, rempah ratus, rencah kehidupan yang diharungi, samada bersifat duniawi atau ukhrawi, semoga dapatlah diambil manfaat darinya, dan dijadikan sempadan atas apa-apa yang mungkin tersilap dan terkurang yang berlaku kerana kelemahan saya sebagai manusia yang tidak lari daripada kesilapan. Justeru, jika ada cadangan, kritikan membina, dan sebarang komen, sudilah emelkan ke emel saya di alamat emel ini: keris_00@yahoo.com

Semoga ALLAH memudahkan usaha yang tidak seberapa ini...

Assalamualaikum