Sunday, June 3, 2007

Kelahiran yang pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, di saat inilah, Blog saya yang pertama dilahirkan, yang mana tujuan utamanya ialah untuk meluahkan buah fikiran, pandangan dan pelbagai teori daripada saya utk sama-sama dipetik dan dikongsi manis pahitnya bersama-sama rakan-rakan pembaca di luar sana,Insya ALLAH!

Sesungguhnya walaupun kita tidak pernah ditemukan ALLAH di alam nyata, namun hati kita yang bertaut atas rasa cintakan kebaikan ini, walau dari sudut manapun, hatta umpama sekecil pepasir di pantai, insya ALLAH, akan dibalas oleh Nya

Insya Allah, di dalam blog ini akan dimuatkan pelbagai perkara, bermula dari asasnya bagi kehidupan seorang insan, sehinggalah asam garam, rempah ratus, rencah kehidupan yang diharungi, samada bersifat duniawi atau ukhrawi, semoga dapatlah diambil manfaat darinya, dan dijadikan sempadan atas apa-apa yang mungkin tersilap dan terkurang yang berlaku kerana kelemahan saya sebagai manusia yang tidak lari daripada kesilapan. Justeru, jika ada cadangan, kritikan membina, dan sebarang komen, sudilah emelkan ke emel saya di alamat emel ini: keris_00@yahoo.com

Semoga ALLAH memudahkan usaha yang tidak seberapa ini...

Assalamualaikum